Monday, October 1, 2012

Adakah Sumber Air Yang Kita Minum Bersih???


Air..Apa itu air? Secara 'scientific'nya air dikenali sebagai (H2O)..Air juga merupakan unsur terpenting dalam kehidupan kita untuk pelbagai guna. Sebagai contoh air digunakan untuk minum, mandi, membasuh dan memasak.

Jadi, adakah kita pasti air yang kita guna itu betul2 datang dari sumber yang bersih dan tidak tercemar. Tahukah anda semua, dari mana datangnya air yang kita guna itu..haaa ni dieee...


Tergamak ker kita nak minum air yang berkarat macam ni..bukan kita sahaja yang akan minum dan guna air ni TETAPI ahli keluarga kita juga..Anda semua boleh bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya logam2 berat dan karat ini terkumpul dalam badan kita. Cuba bayangkan sekiranya umur anda 26 tahun (iaitu macam saya)..selama 26 tahun saya minum air sebegini..berapa banyak karat dan logam berat telah terkumpul dalam badan saya agak2nya...ohh tidakkkkk..=(

Bukan itu sahaja..malah air yang kita minum itu juga mengandungi kuman, bakteria-bakteria dan juga klorin. Anda semua tahu apa kesannya sekiranya kita minum air yang telah tercemar itu secara berterusan???

1. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kajiannya mendapati 2 juta manusia di dunia ini mati akibat cirit-birit setiap tahun akibat minum air yang telah tercemar

2. Peluang yang tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang, pembentukan batu karang, kekejangan sendi, pengerasan dan penyumbatan saluran darah

3. Daripada Utusan Malaysia 21/05/09: Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble (P&G), setiap hari seramai 4,000 kanak-kanak meninggal dunia kerana menghidap penyakit berpunca daripada meminum air yang tidak dirawat

Untuk mengelakkan semua ini berlaku, pasti ada caranya tapi bagaimana yer...tungguuuu next entri untuk ketahui dengan lebih lanjut yer..